Monday, 8 October 2012
Melayu Perlu Bersyukur
MELAKA, 8 Okt – Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa bimbang dengan sikap orang Melayu, khususnya generasi muda yang tidak bersyukur dan menghargai jasa kerajaan selama ini dalam memberi keselesaan kepada mereka.
Bekas Perdana Menteri itu berkata sebaliknya golongan tersebut menolak dan menuduh kerajaan sebagai “penindas”.
Sebagai contoh katanya, apabila mereka dihantar belajar ke luar negara dan pulang ke tanah air, mereka menolak kerajaan yang memberi nikmat kepada mereka kononnya kerajaan tidak adil dan menindas orang lain.
“Kalau kita bersyukur, akan mendapat banyak lagi nikmat, sebab itu, kita perlu selalu bersyukur sekali gus dapat membentuk masyarakat yang baik dan mampu berjaya,” katanya ketika sesi soal jawab pada majlis sarapan bersama alumni Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka 1982-1986, di sini Isnin.
Katanya ramai dalam kalangan generasi muda juga mudah terpengaruh dengan pihak tertentu dan gagal menggunakan pengetahuan mereka dengan bijaksana.
- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment