Monday, 25 February 2013
MELAYU PERLU BERSATU
Assalamualaikum dan selamat pagi pada semua rakan2 dan saudara2ku sekelian. Pagi ni saya ingin mengajak anda semua berfikir sejenak mengenai perpaduan bangsa kita. Kita semua sedia maklum bahawa bangsa MELAYU merupakan kaum majoriti di negara kita. Namun disebalik itu, sedarkah kita, kaum kita juga telah menjadi serpihan-serpihan kecil yang sudah tentunya tidak punya kekuatan dalam serba-serbi. Akibatnya, kaum lain yang pada mulanya merupakan kaum minoriti dengan mudah telah mengambil kesempatan untuk menghenyak dan menghumban bangsa kita ke suatu tahap yang tidak sepatutnya kita berada. Mengapa ini boleh berlaku..? Antara lain adalah disebabkan kita semua terlalu mementingkan diri masing-masing sehingga lupa betapa pentingnya hidup bersatu-padu sama sebangsa. Kita sering lupa perumpamaan yang mengatakan ''seberkas lidi tidak dapat dipatahkan jika dibandingkan dengan sebatang lidi''. Andai kita semua bangsa MELAYU bersatu, sudah tentu kita akan kekal menjadi satu bangsa yang disegani dan digeruni di negara ini. Kita akan menjadi satu bangsa yang kuat dan gah. Andai ini berlaku, dapatlah kita bangunkan negara tercinta ini mengikut acuan kita sendiri. Dari itu, marilah kita semua buang sejauh mungkin perasaan ego dan sikap mementingkan diri sendiri. Ingatlah.., anak-cucu kita dan jenerasi akan datang amat mengharapkan pengorbanan kita semua. Ayuh, bersatulah bangsaku.. BERSATU KITA TEGUH.., BERCERAI KITA ROBOH.
Labels:
MELAYU PERLU BERSATU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terbaik dpd Chu Let, aura perjuangan kita sama Chu Let, mari kita sama2 merealisasikan wawasan ini, in sya Allah
ReplyDeleteTerima kasih En Amir. Dengan adanya kerjasama dari semua pihak, dapat kita merealisasikan impian kita Insyaa llah...
Delete