Thursday, 11 October 2012
BERUNTUNGNYA MENJADI BANGSA MELAYU
Kita sebagai anak Melayu wajib merasa bangga kerana di Negara kita bangsa melayu masih terpelihara dari segi agamanya iaitu bangsa melayu sudah tentu beragama Islam,cuba kita lihat orang2 melayu di Indonesia dimana bangsa Melayu tapi agamanya belum tentu islam,kerana kelemahan mereka dlm kelonggaran dan kebebasan melampau memilih pegangan Agama iaitu pluralisme yang sinonim dengan ajaran pemimpin pembangkang Negara kita
Berbalik dengan sejarah melayu kita,Siapa yang tidak kenal hang Tuah ,kenalkan?tak mustahil satu masa nanti anak cucu kita tidak mengenali beliau, kasihan Hang Tuah. Besar kemungkinan kata-katanya tidak lagi akan menjadi kenyataan. Demikianlah apabila kita bergantung kepada kata-kata hikmat untuk nasib kita, akhirnya akan hilang hikmatnya.
Kata-kata hikmatnya amat bermakna buat kita iaitu Takkan Melayu Hilang Di dunia,
Tetapi yang akan menghilangkan Melayu di dunia ialah dakwaan bahawa sesiapa yang bercakap berkenaan dengan bangsa Melayu, mereka akan dituduh “racist”. Oleh itu orang Melayu sudah tidak lagi berani menyebut perkataan Melayu kerana tidak mahu dituduh “racist”.Tetapi di Malaysia juga kehilangan Melayu sedang berlaku. Ada anak muda Melayu yang tidak lagi ingin dikenali sebagai orang Melayu. Mereka orang Malaysia. Ada pula yang hanya akui mereka orang Islam dan tidak perlu dikaitkan diri mereka dengan kaum Melayu
Di Singapura kerana tidak ada lagi sekolah Melayu dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah di Republik itu ialah Inggeris dan China; segala urusan rasmi dan tidak rasmi menggunakan Bahasa Ingggeris atau China, maka orang Melayu sudah pun tidak menggunakan Bahasa Melayu. Mereka menggunakan Bahasa Inggeris walaupun semasa bercakap dengan anak pinak, keluarga dan kawan-kawan Melayu,laungan Azan sudah tidak kedengaran melalui pembesar2 suara dan kesemuanya hilang begitu sahaja
KeMelayuan mereka sudah tinggal separuh. Kita boleh ramal yang hakisan keMelayuan mereka akan berterusan sehingga akan hilanglah Melayu di Singapura.
Kita lihat pula ke sebelah utara pula kita dapati orang keturunan Melayu yang tidak dapat bertutur kata dalam Bahasa Melayu. Mereka Islam dan bangsa rasmi mereka ialah Thai. Maka hilanglah juga Melayu disitu begitu sahaja..
Wednesday, 10 October 2012
JANJI SEBELUM MENANG.....
KHAS UNTUK ADUN LUBUK MERBAU.... yang paling sepi di PERAK Selepas heboh janji 100 hari Pakatan, rakyat Lubuk Merbau khasnya pimpinan dan ahli PAS sendiri sedang menagih janji yang ditabur oleh Hj Zainuddin semasa kempen PRU 12.
Jika janji ini tidak dipenuhi menjelang PRU 13, diyakini aktivis PAS tidak akan bekerja membantu jentera pilihanraya pada PRU 13. Menurut mereka untuk Padang Rengas khasnya DUN Lubuk Merbau nasib Pakatan hanya bergantung kepada jentera PAS.
DAP dan PKR hakikatnya tidak pernah wujud sama sekali.
Antara janji yang mereka tuntut ialah :-
1. Sebuah bank di Pekan Padang Rengas
2. Pemberhentian Operasi Kilang Simen
3. Sistem perparitan baru untuk seluruh Lubuk Merbau
4. Pemberhentian Operasi Kilang Kayu Kuala Dal
5. Tempat parking lori bagi penduduk sekitar Perumahan Awam dan Taman Permai
6. Sumbangan RM1000.00 untuk anak pengundi yang dapat buat ijazah dan RM 500.00 untuk diploma
7. Bantuan sara hidup RM300.00 untuk warga emas
8. Bantuan RM 500.00 untuk setiap kematian pengundi/tanggungan di DUN Lubuk Merbau
9. Sumbangan RM 500.00 untuk perkahwinan anak/pengundi
10. Seekor lembu setiap kampung pada setiap kali Hari Raya Korban
Permintaan ini agak melampau. Tapi dia orang kata ini bukan permintaan tetapi janji YB Zainuddin sendiri khusus untuk orang Lubuk Merbau.
" Inilah janji yang menyebabkan kami kerja setengah mati untuk dia pada tahun 2008 ", kata salah seorang daripada mereka.
sumber : daengselili
Monday, 8 October 2012
Melayu Perlu Bersyukur
MELAKA, 8 Okt – Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa bimbang dengan sikap orang Melayu, khususnya generasi muda yang tidak bersyukur dan menghargai jasa kerajaan selama ini dalam memberi keselesaan kepada mereka.
Bekas Perdana Menteri itu berkata sebaliknya golongan tersebut menolak dan menuduh kerajaan sebagai “penindas”.
Sebagai contoh katanya, apabila mereka dihantar belajar ke luar negara dan pulang ke tanah air, mereka menolak kerajaan yang memberi nikmat kepada mereka kononnya kerajaan tidak adil dan menindas orang lain.
“Kalau kita bersyukur, akan mendapat banyak lagi nikmat, sebab itu, kita perlu selalu bersyukur sekali gus dapat membentuk masyarakat yang baik dan mampu berjaya,” katanya ketika sesi soal jawab pada majlis sarapan bersama alumni Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka 1982-1986, di sini Isnin.
Katanya ramai dalam kalangan generasi muda juga mudah terpengaruh dengan pihak tertentu dan gagal menggunakan pengetahuan mereka dengan bijaksana.
- BERNAMA
Sunday, 7 October 2012
DAP SELANGOR BUBARKAN 6 CAWANGAN.
Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat hari ini mengumumkan pembubaran 6 cawangan DAP di sekitar kawasan Sepang.
Pembubaran yang turut disahkan Bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, R. Bellasamy adalah disebabkan atas masalah dalaman DAP yang tidak bersatu sesama anggotanya sendiri.
"Enam cawangan DAP di sekitar Sepang yang dibubarkan adalah Taman Fermanagh, Teluk Manggis, Sepang Kecil, Taman Kedidi, Taman Sri Bayu, Taman Sri Sungai Pelek (B). Tan Kok Wai sering kali memecat dan memfitnah anggotanya DAP tanpa ada sebab yang munasabah "katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Turut hadir memberi sokongan termasuklah Bekas Pemimpin PKR kawasan Sepang, Mahful Wahid.
Tan juga menegaskan, penjelasan bahawa parti DAP hanya mementingkan kroni,kontrak dan rasuah yang tidak ada batasnya dari dahulu.
"Sebenarnya ada segolongan pemimpin besar DAP memang suka memfitnah dan sesiapa (anggota DAP) yang tidak masuk ke dalam kem akan diletakkan jawatan oleh Tan Kok Wai. Kita sebenarnya mahu membantu untuk menguatkan parti DAP tetapi mereka tidak tahu menilai apa yang kita buat untuk DAP tetapi hanya mementingkan kroni, kontrak dan rasuah.
"Apa yang Lim Guan Eng cakap mahu hapuskan rasuah tetapi sedangkan di Selangor sendiri dia banyak rasuah. Kenapa dia tak hapuskan?," soal beliau.
Beliau turut menambah, pembubaran itu bukan bermakna dirinya 'dibeli' oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional sebaliknya sedar akan pilihan parti yang mampu membela hak rakyat Malaysia.
"Sesiapa pemimpin yang membantu rakyat itulah yang saya akan undi dan saya harap hari ini kita fikirlah secara tenang. Jangan nak tunggu sampai lima tahun dan kesal seperti yang terjadi di negeri Selangor"jelasnya.
Sebelum ini, beberapa pimpinan tertinggi DAP Peringkat Cawangan telah mendedahkan budaya samseng yang didominasi kaum Cina dalam kepimpinan tertinggi parti tersebut.
Setiausaha DAP Pantai Sepang Putra menjelaskan, budaya tersebut merujuk kepada insiden kekecohan dan pergelutan yang berlaku pada Sidang Mesyuarat cawangannya bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 1 Oktober lepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)